AMANAH SAHAM PAHANG BERHAD

Home | CARTA ORGANISASI | Page Title

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB ASPA
 
 
 

PENGENALAN SYARIKAT

Amanah Saham Pahang berhad,sebuah syrikat induk melibatkan diri di dalam berbagai-bagai kegiatan yang berkaitan dengan perusahaan beberapa buah syarikat bersekutu. Ianya ditubuhkan pada 21 january 1974 dibawah akta syarikat 1965 Malaysia. ASPA tidak menjalankan perniagaan secara langsung,sebalinya ia menyediakan kewangan,menyelaras dan merancang operasi-operasi,menyelia dan membantu pihak pengurusan dan menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur bagi anak-anak syarikat dan syrikat bersekutu. Bagi menentukan supaya tercapai matlamatnya,ASPA telah menyediakan beberapa asas kukuh bagi menjamin kejayaanya. Lapan syarikat anak-anak yang dimiliki penuh oleh ASPA telah ditubuhkan di merata-rata tempat di Pahang yang menjalankan kerja-kerja pembalakan dan pengilangan papan.
 
WAWASAN,MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT
Amanah Saham Pahang,dengan ringkasnya ASPA telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, bagi memajukan perindustrian yang berasaskan kayu-kayan secara sistemetik. Dalam usaha mencapai objektif inilah ASPA telah menubuhkan beberapa buah anak syarikat,baik yang dimiliki penuh mahupun secara usahasama dengan pengusaha-pengusaha asing atau/dan pengusaha-pengusaha tempatan,bagi kegiatan pemasaran,pembalakan dan pemprosesan pada peringkat pertama,kedua dan ketiga. Ini adalah bagi memenuhi permintaan permintaan dari dalam dan luar negeri terhadap pembekalan kayu-kayan tropika dan barang-barang yang diperbuat darinya. ASPA dan anak-anak syarikatnya menjalankan perusahaan mengikut rangka sistem perdagangan yang bebas dan menyediakan pengurusan yang cekap,dasar-dasar yang tegas dalam hal-hal ekonomi dan teknik-teknik pemasaran yang berkesan bagi mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan hari ini. Oleh yang demikian ASPA sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak-kehendak yang sering berubah semasa menjalankan tugas perniagaanya. Sebagai badan tuggal yang telah diberikan sebahagian besar hak-hak membalak(konsesi kehutanan)di negeri Pahang ASPA sedar bahawa tugas utamanya adalah juga mengekalkan perusahaan perkayuan sekiranya tidak dikawal dan dipelihara Oleh itu ASPA telah melaksanakan program yang mendatangkan hasil hutan yang berterusan di samping mengunakan, sumber-sumber kayu-kayan dengan sepenuhnya dan menambahkan nilai kepada barang-barang yang diperbuat dari kayu.

Enter supporting content here